Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar tempat yang terdapat dalam kedua-dua
buah novel tersebut.
Skema jawapan : Latar Tempat
BIL | NOVEL MELUNAS RINDU | NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
|
1. | Sekolah Menengah Seri Setia. Ø tempat Fuad bekerja sebagai guru sandaran Ø Cikgu Abas, Cikgu Zamani juga menjadi guru di sekolah ini.
| Kafeteria di UPM. Ø Tempat Azrul dan Rahayu bersarapan. |
2. | Danau Seberang, Terengganu. Ø Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Ø Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan mak Salmah.
| Perpustakaan di UPM. Ø Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan. |
3. | Sungai Ruan. Ø Tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga. Ø Fuad juga pernah tinggal bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.
| Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser. Ø Faridah dan Mastura membawa murid ‘Sindrom Down’ seramai 10 orang ke Bukit Fraser. |
4. | Pantai Batu Buruk. Ø Tempat Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.
| Jalan ke Pekan Raub. Ø Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan. |
5. | Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu. Ø Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan mendapatkan rawatan di klinik itu.
| Smoke House. Ø Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat denga kemalangan jalan raya.
|
6. | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ø Fuad membawa ibunya, (Mariana) Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.
| Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ø Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia. |
7. | Hospital Tengku Ampuan Afzan. Ø Tempat ibu Fuad, iaitu Mariana terlantar sakit dan dirawat kerana penyakit lelah. | Hospital Ø Tempat Rahayu menerima rawatan Kimoterapi kerana menghidap penyakit kanser paru-paru. |
8. | Restoran Terapung di Taman Syahbandar. Ø Tempat Fuad dan Farhana singgah makan untuk meraikan hari lahir Farhana. |
|
No comments:
Post a Comment