
Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah
masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran
maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan.
Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer
peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan
maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk
mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat
Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin
komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
Selain itu, teknologi maklumat dapat meningkatkan mutu pendidikan negara kita. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sekolah-sekolah bestari yang menjadikan teknologi maklumat sebagai teras pendidikan. Apabila terlaksana kelak, sumber rujukan yang utama bagi pelajar bukan lagi guru mereka. Guru akan dianggap sebagai pemudah cara. Segala proses pembelajaran dan pengajaran akan dikendalikan oleh komputer. Sumber rujukan pula adalah dari sumber-sumber multimedia. Pelajar perlu memiliki kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mereka sendiri yang akan meneroka segenap bidang ilmu yang dipelajari oleh mereka. Malah seseorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi menggunakan media komputer. Contohnya penubuhan Universiti Tun Abdul Razak merupakan satu langkah ke arah penerokaan ilmu di ruang siber tanpa menghadiri kuliah secara lumrah. Dengan penubuhan universiti maya ini, mutu pendidikan negara meningkat setahap lagi ke arah kemajuan.
Teknologi maklumat juga mampu meletakkan negara kita setanding dengan
negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan
pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara
yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan
bidang ini dan menjadikan kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju. Oleh sebab itulah negara kita mengeluarkan belanja
yang banyak untuk meningkatkan segenap aspek yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
Contohnya negara kita telah melancarkan satelit telekomunikasi kita sendiri
yang dikenali dengan nama MEASAT 1 dan MEASAT 11. Baru-baru ini pula saintis Malaysia
berjaya menghasilkan satelit ringan yang dikenali sebagai Tiongsat-1. Dengan
pelancaran satelit-satelit ini, kita mampu menempatkan diri setanding dengan
negara-negara maju dalam bidang telekomunikasi. Jadi, jelaslah teknologi
maklumat menjadikan negara kita setanding dengan negara maju.

Teknologi maklumat juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Perniagaan hari ini dijalankan melalui kaedah
e-dagang atau perdagangan elektronik. Melalui kaedah ini peniaga tidak lagi
perlu menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang tinggi. Hal
ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli dari dalam dan
luar negara dapat melihat produk dengan hanya menekan tetikus, di samping
membuat pesanan. Perdagangan cara ini ternyata lebih berkesan kerana
menjimatkan masa dan tenaga pembeli. Peniaga pula hanya perlu meneliti skrin
komputer untuk menjual barangan mereka. Contohnya Amazon.com merupakan sebuah
syarikat penjualan bahan bacaan yang sangat terkenal dan telah membuktikan kejayaan
dalam e-dagang ini. Natijahnya, teknologi maklumat dapat meningkatkan ekonomi
negara.
Kesimpulannya, kita tidak harus ketinggalan untuk menguasai
kemahiran teknologi maklumat kerana bidang ini akan terus berkembang dari
semasa ke semasa. Sistem hidup manusia masa depan akan lebih bergantung kepada
kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini pun, pergantungan manusia
terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, untuk
memastikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju boleh direalisasikan
dengan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlu menyokong usaha ini di samping menyediakan diri untuk mempelajari
pengetahuan baru berkaitan teknologi maklumat agar kita tidak dianggap seperti
katak di bawah tempurung.
terbaik, Thanks !!
ReplyDeletekarangan baik, terima kasih banyak!
ReplyDeletethanks.. sangat membantu saya dalam membuat esei ^^
ReplyDeletekeluar spm 2017 tadi. fuhh. sesetengah isi masih boleh di walapupun dalam dimensi terhadap masyarakat antarabangsa
ReplyDeletemohon kongsi dengan anak-anak pelajar sempena musim peperiksaan pertengahan tahun..terima kasih cikgu
ReplyDeleteThanks..sangat membantu dalam isi yang bermanfaat
ReplyDeleteThank you bosskur 😊
ReplyDeleteTerima kasih mohon copy beberapa ayat dan idea ini ye untuk dijadikan bahan karangan , Semoga penulis dimurahkan rezeki dan hidup diberkati, Aminn
ReplyDelete