ASPEK KAJIAN KOMSAS
- Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
- Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
- Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
- Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
- Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
- Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
- Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
- Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
- Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
- Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
- Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
- Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
- Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
- Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
- Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
- Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.
Binaan plot:
- Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
- Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
- Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
- Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
- Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
- Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
- Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
- Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
- Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
- Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
- Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a)
Imbas kembali
1.
Imbas kembali merupakan suatu teknik
pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.
Peristiwa itu boleh diimbas kembali
melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b)
Imbas muka
1.
Imbas muka merupakan cara pengarang
memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan
berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2.
Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan
dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c)
Saspens
1.
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa
dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu
di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d)
Konflik
1.
Konflik merupakan pertentangan antara
dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.
Konflik boleh berlaku secara dalaman,
iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan
watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.
Konflik dapat juga digambarkan melalui
pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)
Kejutan
1.
Kejutan ialah perubahan dalam urutan
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.
Lazimnya, kesan yang timbul daripada
kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f)
Dialog
1.
Dialog merupakan pertuturan antara dua
watak atau lebih daripada dua watak.
2.
Melalui dialog antara watak-watak
inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang
berkaitan dengan tema.
Latar
berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam
cerita.
Latar
penting dalam mengembangkan tema,
persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup
jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar
merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan,
tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar
terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(a) Latar
tempat
Merupakan
ruang atau tempat peristiwa berlaku yang
berkaitan dengan lokasi geografi.
(b
) Latar waktu atau masa
Menunjukkan
masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
(c)
Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan
gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status
dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
(e) Latar peralatan cerita dan watak
Alatan
yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Sudut
pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak
yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang
erat dengan watak.
Menurut
Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan
dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk
menyampaikan ceritanya.
Teknik
sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang pertama
Pengarang
bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak
sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu
cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara
subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk
menjadikan cerita lebih realistik.
(b)
Sudut pandangan orang ketiga
tidak terbatas (serba tahu)
Kerap
digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain
menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau
lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk
mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c)
Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang
tidak menceritakan semua peristiwa
atau watak tetapi hanya akan
memilih watak-watak
tertentu dan penceritaannya tertumpu
kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
(d)
Sudut pandangan objektif
Pengarang
hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan
masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat
dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita
tersebut.
Jenis Gaya Bahasa
|
Huraiannya
|
(a) Diksi
|
|
(b) Ayat
|
|
(c) Personifikasi
|
|
(d) Simile
|
|
(e) Metafora
|
|
(f) Hiperbola
|
|
(g) Sinkope
|
|
(h) Rima
|
|
(i) Asonansi
|
|
(j) Aliterasi
|
|
(k) Pengulangan
|
|
(l) Perlambangan
|
|
Antara contoh nilai ialah:
- Baik hati
- Berdikari
- Hemah tinggi
- Hormat-menghormati
- Kasih sayang
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
- Kebersihan mental dan fizikal
- Kejujuran
- Kerajinan
- Kerjasama
- Kesederhanaan
- Kesyukuran
- Rasional
- Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang
ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya
tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam
karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai
sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan
anda dengan
- Kita
hendaklah ……..
-
Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat
jawapan anda dengan
- Kita
jangan….
- Kita
tidak boleh….
…diikuti
dengan contoh dalam teks.
No comments:
Post a Comment