NOVEL
Panduan menjawab bagi Soalan 8 (ii)
(a) Soalan berdasarkan sama ada sebuah atau dua buah novel yang dipelajari.
(b) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(c) 1 markah diperoleh bagi setiap peristiwa yang betul.
(d) 1 markah diperoleh bagi huraian yang lengkap / jelas bagi setiap peristiwa.
(e) Markah isi maksimum 4 markah (2 markah bagi setiap peristiwa dan huraian).
(f) Markah bahasa maksimum 2 markah, diberi secara kesan menyeluruh.
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(g) Jika calon menjawab dan markah isi kosong, beri 1 markah bahasa.
(h) Calon tidak menjawab 0 markah
CONTOH SOALAN SPM
BERDASARKAN KBAT
SET 1
Berdasarkan sebuah
novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak
utama.
CADANGAN JAWAPAN
Ketabahan watak utama
Peristiwa : Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.
Huraian : Haiqal tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya.
Peristiwa : Haiqal sentiasa menjadi johan dalam berbagai-bagai pertandingan menulis tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian daripada umi. Pada masa yang sama, Haiqal juga terpaksa berkeras dengan uminya untuk belajar dalam bidang kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi.
Huraian : Haiqal tabah meneruskan minatnya dalam bidang kesusasteraan.
SET 2
Berdasarkan sebuah
novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang memaparkan konflik yang berlaku dalam novel.
CADANGAN JAWAPAN
Peristiwa : Umi tidak memberi keizinan kepada Haiqal yang mahu pulang ke Johor. Umi juga tidak akan memberikan wang belanja ketika Haiqal di Johor.
Huraian : Konflik antara keluarga
Peristiwa : Cikgu Nizam terpaksa berpisah dengan isterinya kerana minatnya yang mendalam dalam bidang seni budaya dan sastera. Cikgu Nizam juga dipisahkan daripada anaknya; Aiman. Keluarga isterinya seakan-akan tidak suka Cikgu Nizam datang ke Terengganu melawat anaknya itu.
Huraian : Konflik
antara suami isteri.
Peristiwa : Golongan muda Kampung Seri Purnama tidak meminati tarian zapin. Mereka hanya suka duduk melepak dan menunggang motosikal ke sana ke mari. Walaupun Haiqal, Pak Cik Bakar dan Haji Salim sibuk berlatih dibalai raya lama, tidak ada seorang generasi muda pun yang melihat latihan mereka.
h Huraian : Konflik
antara masyarakat
SET 3
Watak utama dalam sesebuah novel sering menghadapi cabaran dalam
hidupnya.
Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, jelaskan pernyataan di atas.
CADANGAN JAWAPAN
Cabaran watak utama:
Peristiwa: Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.
Huraian : Haiqal tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwahayahnya.
Peristiwa : Haiqal sentiasa menjadi johan dalam berbagai-bagai pertandinganmenulis tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian daripada umi. Pada masa yang sama, Haiqal juga terpaksa berkeras dengan uminya untuk belajar dalam bidang kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi.
Huraian : Minat Haiqal dalam bidang kesusasteraan tidak disokong oleH ibunya.
SET 4
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
peristiwa-peristiwa yang
memberikan pengajaran
kepada para pembaca.
CADANGAN JAWAPAN
Peristiwa yang
memberikan pengajaran kepada pembaca:
Peristiwa
Tauke Ong menyerahkan semua wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun
kelapa sawit kepada Haiqal ketika Haiqal pulang ke kampung Seri Purnama.
Huraian
: Peristiwa ini memberi pengajaran bahawa kita
hendaklah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Peristiwa
Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang
penyakitnya. Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni
budaya di kampungnya.
Huraian
: Pengajaran dalam peristiwa ini ialah kita hendaklah
tabah menghadapi dugaan Tuhan.
Peristiwa
pemuda-pemuda kampung yang bersalaman dengan semua pelanggan di Warung Wak Min
sebelum duduk di meja masing-masing.
Huraian
: Pengajaran dalam peristiwa ini ialah kita
hendaklah mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan seharian.
SET 5
Watak utama dalam sesebuah novel turut menghadapi konflik dengan
watak sampingan. Berdasarkan sebuah novel
yang anda pelajari, jelaskan pernyataan di atas.
CADANGAN JAWAPAN
Konflik antara Haiqal dengan Umi.Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk
pulang ke Johor kerana di Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga
tidak mempunyai tempat bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja
kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.
Konflik antara Haiqal dengan penduduk kampung.Haiqal pulang ke kampung hanyalah untuk menjejak
warisan Abdullah bin Kayan tetapi penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar begitu
berharap agar Haiqal menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama.
SET 6
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan
peristiwa-peristiwa yang
menunjukkan nilai kasih
sayang.
Peristiwa Cikgu
Nizam sering menatap potret wajah anaknya, Aiman pada setiap malam kerana rindu
akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadang kala menangis akibat terlalu rindu akan
anaknya itu.
Huraian : Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang
seorang bapa terhadap anak yang sudah lama tidak berjumpa.
Peristiwa Haiqal sanggup
ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan arwah Abdullah bin Kayan
walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapaun di sana.
Huraian : Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang
seorang anak terhadap ayah yang sudah lama tidak berjumpa.
Peristiwa
Umi tidak mengizinkan Haiqal pulang ke Johor untuk mencari warisan Abdullah bin
Kayan.
Huraian : Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya.
SET 7
Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda kaji, jelaskan persitiwa yang berlaku dalam penamat novel.
CADANGAN JAWAPAN
Ketika hari
persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada
sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah
Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan
Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin
Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa
kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri
Purnama, Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah
universiti di Sarawak. Ratna pula
telah bertunang dengan usahawan muda. Haiqal
telah mengirim pesanan ringkas kepada Ong See Hwa bahawa dia akan berusaha
menjejak watak Ai Ling seperti yang diceritakan dalam manuskrip ayahnya.
No comments:
Post a Comment