PERIBAHASA


         PERIBAHASA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS BM TINGKATAN 4

Bil

Peribahasa

Maksud

1

Belayar sambil memapan(hal. 7)

Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus.

2

Hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai(hal.9)

Sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara, belajarlah daripada orang yang ahli ataupun pakar dalam bidang tersebut.

3

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(hal.10)

Jika mempunyai cita-cita seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

4

Orang mengantuk disorongkan bantal(hal.12)

 Memperoleh apa yang benar-benar diingini.

5

Zaman Tuk Nadur berkajang kain(hal.21)

Suatu masa atau zaman yang telah lalu; Suatu masa atau zaman yang telah lama sekali berlalu.

6

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang(hal.37)

  Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

7

Bertangguh itu pencuri masa(hal.49)

Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.

8

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam(hal.49)

Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah.

9

Titik peluh(hal.68)

 Hasil usaha sendiri

10

Hujan halau mentua(hal.74)

   Hujan sebentar sahaja

11

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa(hal.74)

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus           pada orang-orang tua sahaja.

12

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai(hal.74)

  Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya.

13

Takkan lari gunung dikejar(hal.75)

Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan berhati-hati.

14

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri(hal.77)

Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.

15

Jauhari sahaja yang mengenal manikam(hal.77)

 Orang yang bijaksana juga yang mengetahui          keelokan ilmu.

16

Indah khabar daripada rupa(hal.77)

Perkhabaran sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

17

Bapa borek, anak rintik. (hal.82)

Anak itu mengikut kelakuan dan lain-lain orang tuanya. / Anak menurut baka, kelakuan dan lain-lain dari bapanya.

18

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata(hal.82)

Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu     

tentulah ada sebabnya.

19

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. (hal.82)

Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa.

20

Kera mendapat bunga(hal.82)

Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

21

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya(hal.82)

Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

22

Sambil menyelam minum air(hal.83)

Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.

23

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri(hal.84)

Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.

24

Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga(hal.88)

Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.

25

Bagai itik mendapat air(hal.90)

Kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai

26

Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah(hal.90)

Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

27

Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. (hal.90)

Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal

28

Air tenang jangan disangka tiada buaya(hal.90)

Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

29

Anak buah(hal.98)

Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.

30

Seperti telur di hujung tanduk(hal.99)

Dalam keadaan bahaya, serba sulit.

31

Sambil menyelam minum air(hal.99)

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

32

Pisang tidak berbuah dua kali. (hal.106)

Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati.

33

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. (hal.106 dan 107)

Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk.

34

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. (hal.106)

Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.

35

Mata air. (hal.112)

Orang kesayangan, kekasih.

36

Jalan tengah. (hal.113)

Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.

37

Harga diri. (hal.133)

Maruah

38

Membuang muka. (hal.141)

Berpaling ke arah lain untuk mengelakkan orang lain yang tidak disukai.

39

Membuka mata / Buka mata. (hal.180)

Melihat dan meluaskan pandangan. (ii) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.

40

Panas baran (hal. 198)

Cepat marah.

41

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. (hal.199)

Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

42

Ambil kira. (hal.207)

Mempertimbangkan.

43

Malang tidak berbau. (hal.220)

Keadaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

44

Anak bongsu. (hal.224)

Anak yang paling muda dalam keluarga

45

Alah membeli, menang memakai. (hal.232)

Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan lama.

46

Membaca jambatan ilmu. (hal.232)

Amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan.

47

Biar putih tulang jangan putih mata. (hal.232)

Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan.

48

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa / Berkata pelihara lidah. (hal.232)

Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

49

Yang lama dikelek, yang baharu didukung. (hal.232)

Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

50

Belakang parang kalau  diasah lagikan tajam. (hal.232)

Biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga. / Orang yang bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya.

51

Duit saku / Wang saku. (hal.252)

Wang perbelanjaan

52

Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi. (hal.252)

Mendapat apa yang diingini.

53

Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (hal.254)

Sekali melakukan kerja, dua kali maksud tercapai.

54

Air tangan. (hal.257)

Masakan seseorang.


         PERIBAHASA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS BM TINGKATAN 5

BIL

TEMA & TAJUK

PERIBAHASA

MAKSUD

1.

Tema 1 - Anda Bersih, Anda Sihat

 

( ms 9)

Belukar sudah menjadi rimba.

 

Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

2.

Tema 2 - Sukan dan Rekreasi

 

(ms 17)

Malang tidak berbau

 

Kecelakaa yang   tidak   dapa diketahui sebelumnya.

3

Tema 3 - Kerjaya Meniti Jaya

(ms 32)

Duit tepi

 

 

Pendapatan sampingan atau wang tambahan

4

Tema 4 - Bersatu Kita Teguh

 

(ms 46)

Duduk sama rendah berdiri sama tinggi

 

 

Orang yang sama darjat.

5

Tema 5 - Pendidikan untuk Semua

 

(ms  60 )

a)    Cerdik seperti kancil

b)    Rajin seperti semut

c)     Usaha tangga kejayaan

d)    Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai

e)    Bara yang digenggam biar sampai menjadi arang

 

 

a)Seseorang itu sangat pintar  hingga digambarkan seperti kecerdikan  kancil.
b)Seseorang itu sangat rajin bekerja hingga digambarkan seperti kerajinan semut.
c)Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kecemerlangan
d)
Berusaha bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan
e)
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

(ms 61 )

Masa itu umpama emas

 

 

Masa itu sangat berharga.

6

Tema 8 – Melancong Mencari Makna

 

(ms  106)

Sediakan payung sebelum hujan

 

 

Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan

(ms 107)

Gading mana yang tidak retak,

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

 

Tidak   ada   sesuatu    yang   betul-betul sempurna.

Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.

 

 

7

Tema 9 – Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

 

(ms 120 )

Gulung tikar

 

 

Muflis

8

Tema 11 – Dunia Selamat Milik Kita

 

(ms 144 )

a)    Anak buah

 

b)    Bersekutu Bertambah Mutu

 

 

 c)  Sakit sama mengaduh,  

      luka  sama menyiuk.

 

d) Ibarat telur sesangkak,  

    pecah sebiji, pecah semua

 

 

Pekerja di bawah jagaan kita.

 

Bekerjasama  antara  satu  sama  lain  akan menghasilkan kecemerlangan.

 

Sama-sama bertanggungjawab.

 

 

Kesilapan  yang  dilakukan  oleh  seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya.

 

 

 

(ms 145 )

 

a)    Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung.

 

b)  Bertakuk ditebang, yang  

     bergaris dipahat.

 

 

 

Tiap-tiap  pekerjaan  hendaklah  dikerjakan mengikut aturannya.

 

 

 

Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim

 

 

9

Tema 12 – Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

(ms 157 )

 

Air tangan

 

 

Masakan seseorang

 

 

(ms 160 )

a) Adat dikelek, hukum dijunjung

b) Tak lapuk dihujan, tak lekang dipanas.

c) Dicabut layu, diubah mati.

d) Disuruh pergi, dipanggil datang

 

a)       Adat dikuatkuasakan dan undang-undang ditegakkan.

b)       Adat yang tidak berubah, sesuatu yang sudah utuh.

c)       Tidak dapat diubah lagi (keputusan)

d)       Perihal seseorang yang patuh menurut perintah.

 

 

 

(ms  161 )

a) Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung

b) Langkah bendul.

 

 

a)       Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya

b)       Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya 

10

Tema 13 – Jati Diri, Warganegara Patriotik

 

(ms 173)

Jong pecah yu yang kenyang

 

 

Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat  keuntungan  daripada  kerusuhan  itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi orang yang lain.

 

11

Tema 14- Citra Bahasa dan Sastera Kita

(ms 182)

Bahasa ibunda

 

Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum

 

 

(ms 185)

Celik huruf

 

 

Orang yang tahu membaca dan menulis.

 

 

 

(ms 188)

 

a) Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

 

 

b) Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu.

 

 

 

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

 

 

Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi diheboh-hebohkan.

 

 

 

(ms 189 )

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya

 

 

Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil.

 

 

 

(ms  190)

Nama pena

 

 

Nama yang digunakan oleh penulis pada karyanya.

 

 

(ms  191)

Bahasa Menunjukkan Bangsa

 

 

Bahasa   iala ciri  pengenalan   atau   identiti bangsa

12

Tema 15 – Industri Cemerlang, Negara Gemilang

 

(ms 198 )

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

 

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

 

 

 

(ms  205 )

a) Daripada segenggam, jadi segantang

 

b) Di mana air bertakung, di situ ikan berkampung.

 

c) Senduk besar tak mengenyang.

 

d) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

 

 

 

Bernasib baik

 

 

Di  mana-mana  tempat  berpeluang  mencari rezeki orang akan bertumpu.

 

Janji  sahaja  yang  banyak  dibuat  tetapi  tidak ditepati

 

Orang yang sama sedarjat.

 

13

Tema 16 – Integriti

 

( ms 208 )

a) Membalas budi

 

b) Hutang budi

 

 

Balas jasa dan berterima kasih

 

Kebaikan yang diperoleh dan wajar dibalas.

 

 

( ms 209)

a) Orang tua.

b) Kurang ajar

 

Ibu bapa

Tidak bersopan, kurang adab, kurang beradab

 

 

( ms 210)

Buah tangan

 

Barang yang dibawa dari perjalanan

 

 

( ms 212 )

Darah daging

 

Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

 

 

(ms 221  )

a) Bukit sama didaki, lurah sama     

    dituruni

b)Malang tidak berbau.

c) Anak ayam kehilangan ibu

d) Ketam mengajar anaknya  

    berjalan betul

 

a)Sepakat (seia sekata)


b)K
ecelakaan   yang   tidak   dapat   diketahui sebelumnya.

c)Kesusahan   yang   dialam oleh   seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung.

d)Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi, dia sendiri tidak melakukannya

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,elemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77
7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18
8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan."~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

No comments: