LATIHAN PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong
dalam petikan tersebut.
Kehidupan moden pada hari ini telah menjadi faktor penyebab kepada golongan muda untuk meninggalkan adat warisan kaum masing-masing. Menyedari hakikat tersebut, Puan Aminah sering berpesan kepada anak-anaknya agar tidak sekali-kali melanggar adat kaum Melayu apabila membincangkan hal kehidupan bermasyarakat kerana (i)________________________. Anak-nak Puan Aminah mematuhi segala nasihat dan didikan daripada ibu bapa mereka kerana mereka tidak mahu dianggap seperti (ii) _________________________________. Bagi anak-anak Puan Aminah, nasihat dan didikan ibu bapa sangat berguna untuk dijadikan panduan hidup. Golongan muda masih boleh membaiki kesilapan mereka dengan mengubah tingkah laku dan sikap agar tidak bertentangan dengan norma atau etika masyarakat kaum mereka. Hal ini sesuai dengan peribahasa (iii __________________ kesilapan yang telah dilakukan. yang menekankan seseorang untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan. [ 6 markah ]

LATIHAN PERIBAHASA 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua peribahasa yang terdapat dalam petikan.
Kemudian beri peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Jualan langsung merupakan satu kaedah menjual barangan kepada pelanggan dengan harga yang
kononnya lebih murah. Walaupun pihak Persatuan Pengguna telah membuat peringatan melalui media
massa berkaitan dengan taktik penipuan ini, namun usaha mereka seperti mencurah air ke dalam keladi.
Pengguna perlu berhati-hati menerima kedatangan ejen-ejen ini supaya tidak menyesal kerana terpedaya
membeli barang-barang yang tidak berkualiti bak kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya. Sesetengah daripada mereka mempunyai niat yang tidak baik seperti berlurah di balik
pendakian. [ 4 markah ]
LATIHAN PERIBAHASA 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.
Amalan ziarah-menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan kesempitan ialah cara
seseorang menghargai jasa para guru. Kemungkinan guru ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi
penyakit dan sebagainya kerana (1)______________________. Sebagai pelajar, kita perlu menziarahi
mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan perasaan simpati kerana (2) ____________________________. Jika mereka mengalami musibah atau bencana, kita perlu mengutip derma
bagi meringankan beban yang ditanggung. Hal ini amat bertepatan dengan
peribahasa, (3) _______________________. Tegasnya, pengorbanan guru perlu sentiasa dikenang oleh para
pelajar. [6 markah]
No comments:
Post a Comment