Terdapat sebilangan remaja yang
menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak dan
merempit.
Sebahagian remja
pula terjebak dalam gejala sosial seperti menagih dadah dan pergaulan bebas.
Huraikan langkah – langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan
remaja.
JAWAPAN CONTOH :
Sedasawarsa ini sering
meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia tentang
masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial
dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan
memandang remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju pada tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja.
Persoalannya mengapakah masalah sedemikian berlaku? Siapakah yang harus
dipersalahkan? Tiada prnyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar
masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi.
Pada realitinya,
memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh diambil untuk
mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu bapa
dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa
para remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan.
Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak
remaja. Sebagai analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja
tentang permasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka
menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu bapa adalah pakar rujuk kepada anak
– anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak – anak akan berasa diri mereka
dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara anak adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang
daripada ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam
kalangan remaja.
Sesungguhnya,
selain ibu bapa, pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga perlu memainkan
peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana
para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan
perhatian. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat
mendapati terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah
menegur dan memberi nasihat secara berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat
setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam membentuk tingkah laku remaja.
Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah vandalisme.
Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para
remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan harapan remaja
akan lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara
iaitu tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan
sedemikian sekiranya masyarakat setempat sentiasa ambil cakna terhadap
permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.
Umum mengetahui
bahawa antara langkah yang pragmatik untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan pihak
media massa. Dalam konteks ini, media massa perlu memainkan peranan yang
berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para remaja. Media massa seperti televisyen, radio,Internet ataupun
media cetak yang merupakan perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu
menyiarkan program – program yang boleh memberi kesedaran kepada remaja
terutama dalam usaha remaja mencari jati diri mereka. Misalnya program seperti
Rancangan realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat berguna kepada remaja
kerana melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk remaja.Oleh
hal yang demikian pemilihan progam yang berkualiti dapat memberi banyak faedah
dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai alat untuk
mengaut keuntungan semata – mata tetapi menjadi wadah penting untuk menjana
remaja yang berwawasan.Yang pasti, masalah sosial dalam kalangan pelajar akan
dapat diatasi sekiranya pihak media massa sama- sama bahu - membahu memainkan
peranan dan tidak hanya memikirkan keuntungan sahaja.
Tidak dapat
dinafikan dari perspektif yang lain, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan
yang penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini
kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa
sumber kewangan dan boleh menggubal undang – undang. Beberapa program untuk
remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai –
nilai murni yang cuba diterapkan melalui program ini akan diamalkan oleh para
remaja. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ) yang telah dianjurkan oleh
kerajaan adalah satu program yang baik kepada remaja. Hal ini demikian kerana melalui
program ini, remaja akan mempunyai jati diri, nilai moral yang tinggi dan taat
kepada agama, bangsa dan negara. Pujangga ada berkata, Pemuda Harapan Bangsa,
Pemudi Tiang Negara. Oleh itu, remaja yang dilahirkan ialah remaja yang boleh
menjadi modal insan yang berguna untuk membangunkan negara pada masa akan
datang.
Namun demikian,
satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah, antara langkah menangani
masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan agensi kerajaan seperti
Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah antara agensi
yang aktif menjalankan pelbagai program untuk menarik minat para remaja.
Kementeria Belia dan Sukan bertanggungjawab menjadikan remaja dan belia di Malaysia berkualiti dan
seterusnya berjaya menjana kemajuan negara.Tamsilnya, Program Rakan Muda
merupakan antara program yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan
Sukan.Jelaslah bahawa melalui program ini remaja telah dibentuk agar mempunyai
jati diri dan sahsiah yang terpuji sesuai dengan pembentukan modal insan kelas
pertama kerana remajalah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara. Nyatalah
sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan aktif menjalankan pelbagai program
yang berguna untuk remaja, nescaya remaja akan terhindar daripada anasir-anasir
yang negatif.
Demi merealisasikan
kemajuan negara, marilah kita bersama – sama ibarat kebukit sama didaki
kelurah sama dituruni berusaha untuk mengatasi masalah yang beronal dalam
kalangan remaja kita. Jika tidak kita akan dipandang rendah oleh negara lain.
Semoga kita akan dapat melahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Negara amat mengharapkan remaja yang berkualiti dalam menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun begitu bak kata peribahasa, tepuk
dada tanya selera.