Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalau Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.
Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-galanya,manakan terdaya.Usahkan untuk ke sana dan ke mari, mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan mengambil kain bajnya untuk dicuci.Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.
Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru, merah,kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang
Isa, Latif dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala karya dan gambar-gambar Pak Itam di bawah khemah pameran itu.
i.Nyatakan pertolongan yang telah diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam?[2 markah]
ii.Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang akan diperoleh jika kita melakukan sesuatu kerja secara bergotong-royong ?[ 3 markah ]
iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen.[ 4 markah]

(Dipetik daripada cerpen “Memori Seoran Tua” karya Zahari
Afandi,dalam antologi Harga Remaja,hlm.116)
Afandi,dalam antologi Harga Remaja,hlm.116)
i.Nyatakan pertolongan yang telah diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam?[2 markah]
ii.Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang akan diperoleh jika kita melakukan sesuatu kerja secara bergotong-royong ?[ 3 markah ]
iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen.[ 4 markah]
No comments:
Post a Comment