Harga Remaja
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.
Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.
Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka
LATIHAN 1
i. Berdasarkan sajak, apakah ciri-ciri seorang remaja yang berharga?[3 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan agar dapat mencapai cita-cita anda?[3 markah]
iii. Nyatakan tiga mesej yang diperoleh daripada sajak tersebut?[3 markah]
JAWAPAN 1
(Pelajar perlu menjawab dalam ayat lengkap)
i. Ciri-ciri remaja yang berharga;
-Tidak mudah kecewa
-Mempunyai pendirian
-Mempunyai keberanian
-Mempunyai ilmu
ii. Cara-cara remaja mencapai cita-cita;
-Belajar bersunguh-sungguh/rajin mengulangkaji/rajin membaca
-Mempunyai keyakinan diri
-Rajin bertanya/merujuk pakar
-Belajar berkumpulan
-Menghadiri kursus-kursus motivasi
-Tidak melakukan gejala sosial
iii. Pengajaran daripada sajak;
-Kita hendaklah menjadi remaja yang mempunyai pendirian
-Kita hendaklah menjadi remaja yang rajin menuntut ilmu
-Kita hendaklah menjadi remaja yang mempunyai hala tuju.
LATIHAN 2
i. Berikan maksud gelodak kecewa? [2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial? (3 markah)
iii. Huraikan dua nilai murni daripada sajak di atas. (4 markah)
JAWAPAN 2
i. Maksud; perasaan yang hampa/ dukacita/gagal
ii. Tindakan remaja;
-Menuntut ilmu agama
-Memenuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
-Pandai memilih kawan
-Tidak pergi ke tempat-tempat yang berisiko seperti
-Mempunyai hubungan rapat dengan keluarga
iii. Nilai murni darpada sajak;
Nilai keberanian – remaja perlu berani menghadapi cabaran zaman remaja.
Nilai kerajinan – remaja perlu rajin menuntut ilmu
Nilai menghargai – remaja perlu menghargai masa remaja.
Tetap pendirian – remaja perlu mempunyai pendirian supaya tidak mudah dipengaruhi
LATIHAN 3
i. Berikan maksud ketentuan tuju. [2 markah]
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ? (3 markah)
iii. Huraikan dua persoalan darpada sajak di atas. [4 markah]
JAWAPAN 3;
i. Maksud ketentuan tuju;
Kepastian dalam matlamat/cita-cita/tujuan hidup
ii. Tindakan remaja bagi mengisi masa lapang;
-Melakukan hobi yang berfaedah
-Membaca
-Beriadah/bersukan/
-Perbincangan berkumpulan/mengulang kaji pelajaran
-Menziarahi saudara mara
-Menolong keluarga
iii. Persolan daripada sajak;
Persoalan jati diri dalam jiwa remaja – remaja perlu bijak memilih cara hidup yang betul
Persoalan keberanian menghadapi cabaran hidup – remaja mesti berani menghadapi cabaran semasa remaja.
Persoalan hala tuju dalam hidup- remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas

saya seronokkkk menjawabb soalan ni . soalan ini membantu saya :)
ReplyDelete