Thursday, October 27, 2011

Persamaan Latar Masyarakat

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.[8 markah]

JAWAPAN
Murid mesti menulis jawapan dalam ayat yang lengkap/gramatis.

- Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah ialah;

1. Masyarakat yang terdiri daripada orang Melayu.
-Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat Melayu seperti Fuad, Pak Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan.
-Dalam novel Kabus Di Perbukitan, terdapat orang Melayu seperti Faridah, Rahayu, Ghazali, Azrul, Kamarudin, dan Salmah.

2. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
-Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Farhana, Mariana berbangsa Melayu manakala Robert Lim, Peter Lim, Swee Lan, Chin pula berbangsa Cina.
-Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa. Contohnya, Faridah, Rahayu berbangsa Melayu manakala Soleh Johnsons berbangsa Inggeris, Benny berketurunan Arab.

3. Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya.
-Dalam novel Melunas Rindu, Farhana, Fuad, Cikgu Abas, Cikgu Zamani bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Setia, manakala Robert Lim (bapa kandung Fuad) adalah seorang ahli perniagaan, Peter Lim (adik Robert Lim) pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah.
-Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul adalah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan sehingga mendapat anugerah gelaran Datuk, Kamarudin adalah bekas tentera yang berpangkat Mejar.

4. Masyarakat yang mengamalkan ajaran / cara hidup Islam.
-Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumah mereka.
-Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah merupakan seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajut.

No comments:

Post a Comment