Ilmu tidak diperoleh secara kebetulan, ilmu harus dicari dengan semangat dan diamalkan dengan tekun.
Showing posts with label smktta. Show all posts
Showing posts with label smktta. Show all posts
Saturday, March 16, 2013
Tuesday, November 15, 2011
Bahasa Melayu SPM 2011
Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) Tahun 2011
Bahagian A (30 markah)
Lihat grafik dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah belajar berkumpulan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Bahagian A (30 markah)
Lihat grafik dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah belajar berkumpulan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
- Suasana belajar yang menyeronokkan
- Berkongsi ilmu
- Memupuk semangat kerjasama
Bahagian B (100 markah)
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 perkataan.
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 perkataan.
- Setiap individu perlu mempunyai wawasan untuk mencapai cita-citanya. huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda.
- Perlakuan negatif seperti pergaulan bebas, merokok dan melepak dalam kalangan remaja semakin membimbangkan semua pihak. Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah ini.
- Anda telah menyertai pertandingan syarahan di sekolah anda. Tajuk syarahan anda ialah 'Perpaduan Rakyat Asas Kemajuan dan Kemakmuran Negara'. Tulis syarahan anda itu selengkapnya.
- Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah. Bincangkan.
- Cari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setia kawan.
Petikan gurindam di atas menjelaskan kepentingan memilih sahabat. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik.
Soalan 1 - Rumusan - Kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.
Soalan 2 (b) -Drama Cempaka Berdarah (HR)
Soalan 2 (c) -Hikayat Dua Geliga Hikmat (DB)
Soalan 2 (d) -Pantun Enam Kerat (DB)
Soalan 3 (a) -cepumas, halaju, jejantas, jenama, pawagam, dan purata
Soalan 3 (b) -Ayat majmuk (3 ayat)
Soalan 4 (a) -Huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut.
Soalan 4 (b)-Jelaskan 2 persoalan dlm sebuah novel yang telah anda pelajari.

Sunday, November 13, 2011
SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011

Berikut adalah merupakan berapa tips menghadapi SPM untuk calon SPM 2011. Usaha pasti berjaya.
Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.
Previu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan.
Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersipakan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Wednesday, October 5, 2011
Wednesday, July 6, 2011
LAGU SEKOLAH SMK TTA
Ibarat mentari
Bersinar cemerlang
Itulah azam
Itulah cita-cita SMKTTA
Kepadamu guru-guru
Janganlah mudah rasa jemu
Didik kami bimbingilah kami
Menuju ke puncak jaya
Semoga akan lahir
Generasi harapan
Berilmu dan beramal
Menaburkan jasa
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Sentiasa berganding bahu
Demi sekolah tercinta
Video : Bahasa Jiwa Bangsa
Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa
Lagu/Lirik: Dol Ramli
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. (Sumber : www.tutor.com.my)

HARI SUKAN SMK TAMAN TUN AMINAH
Kejohanan Olahraga SMK TTA dengan jayanya telah dijalankan pada 2 Julai 2011. Tahniah kepada rumah BIRU kerana menjadi JOHAN pada kejohahan kali ini. Sepanjang enam bulan latihan rumah telah dijalankan, hanya segelintir pelajar yang memberi komitmen. Namun begitu kejohanan olahraga kali ini yang dilakukan serentak dengan Larian 1 Malaysia telah berjaya menarik kehadiran pelajar. Semoga kerjasama daripada semua pihak terutama guru dan murid dalam program sekolah yang seterusnya akan dilaksanakan dengan lebih cemerlang kelak. Tidak lama lagi SMKTTA akan mengadakan Hari Kokurikulum tahun 2011. harapan saya agar program kali ini dapat memberi manfaat kepada pelajar SMKTTA. Marilah kita bersama-sama menjayakannya...kalau bukan kita ...siapa lagi ???Thursday, January 27, 2011
Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif
27/01/2011 4:36pm
KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama

Thursday, January 20, 2011
Bahasa Kebangsaan
Oleh: AZMAN ANUAR (Wartawan Utusan)
Rakyat berasa teruja apabila Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan perhatian yang luar biasa dalam memperjuangkan martabatkan bahasa Melayu sejak tahun lalu lagi.
Kita tentulah bimbang jika lambat-laun masyarakat berbilang kaum negara ini mulai mengabaikan bahasa rasmi negara.
Hakikatnya, kita sedang berdepan dengan cabaran yang bukan sahaja menyebabkan kita ragu-ragu, malah kita juga menanyakan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Secara jujur, kita berada dalam dilema.
Kita tidak mahu dalam mengejar zaman teknologi maklumat dan komunikasi, bahasa Melayu dipinggirkan oleh rakyat. Kita harapkan gerakan untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang akan diberi suntikan, hala tuju dan nafas baru ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Zaman berubah maka pendekatan perjuangan juga harus berubah.
Ingat bagaimana bersemangatnya orang Melayu berkobar-kobar ketika bangkit mempertahankan kedaulatan Bahasa Kebangsaan untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ketika itu `Keranda 154' diusung sebagai simbolik jika bahasa Melayu cuba ditentang atau diketepikan - itu semangat tidak mahu bahasa Melayu dikuburkan.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semangat mendaulatkan Bahasa Kebangsaan kian lesu. Semakin banyak pihak yang tidak peduli penggunaan bahasa yang betul.
Isu bahasa pertuturan yang bercampur aduk masih didebatkan. Tetapi kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda atau iklan perlu diberi tanda noktah.
Kesilapan bahasa sama ada dari segi penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu yang betul, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata, pengolahan ayat ataupun mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris banyak berlaku atau dipamerkan di tempat umum. Jika kesalahan ini tidak dicegah dengan segera, ia akan mencemarkan maruah bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Alasan biasa seperti sasaran iklan atau maklumat ditujukan kepada kaum yang memahami atau boleh membaca catatan tersebut tidak wajar dilayan lagi.
Berleluasanya papan iklan yang langsung tidak menghormati Bahasa Kebangsaan ini, mungkin ada kaitan dengan sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara.
PBT di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dipimpin oleh menteri bukan Melayu maka kita faham `kekurangannya' dalam memberi keutamaan terhadap soal memartabatkan bahasa Melayu. Tetapi majoriti pengarah dan pemimpin PBT adalah Melayu sepatutnya peka dan sedar tentang kecelaruan penggunaan bahasa Melayu yang menghiasi bangunan dan jalan raya di kawasan pentadbiran masing-masing.
Jangan disebabkan lesen sudah dibayar maka pemasangan iklan dengan bahasa yang memalukan dibiarkan. Malah ada yang sudah bertahun-tahun terpampang namun untuk PBT menegur dan mengarah ditukar, belum nampak dilakukan.
Usah biarkan tanggungjawab untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan ini diserah bulat-bulat kepada DBP. Jika DBP bersuara lantang pun apa maknanya jika mereka tiada gigi dan taring untuk `menggigit' pihak yang enggan mematuhi peraturan bahasa Melayu.
Jika pemimpin kerajaan, PBT, DBP, pejuang dan pencinta bahasa serta rakyat sayangkan bahasa Melayu dan benar-benar ingin menyelamatkannya, kita harap ia jangan setakat bercakap sahaja. Satu tindakan benar-benar berani dalam `mengajar' pihak yang ingkar perintah menghormati Bahasa Kebangsaan harus dilakukan.
Episod sedih dan memalukan dalam cabaran memartabatkan Bahasa Kebangsaan ini perlu diubah. Kerajaan melalui kenyataan Hishammuddin telah memberi isyarat jelas bahawa sebarang akta atau dasar berkaitan bahasa Melayu tidak akan teragak-agak untuk dipinda.
Dalam hal ini adalah wajar jika Akta DBP dipinda. DBP tidak boleh lagi diletakkan dalam dilema pada mata umum. DBP mempunyai tanggungjawab untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu tetapi tidak dapat mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempersenda atau mencemarkan penggunaannya.
Akta DBP tidak membenarkan ia bertindak lebih jauh. Jadi tugasnya terhenti separuh jalan. Barangkali undang-undang yang ada pada PBT jika dianggap kurang berkesan untuk menguatkuasakan pematuhan terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul, maka buatlah pindaan.
Usaha atas apa nama sekalipun sama ada memperkasa, mendaulat atau memartabatkan Bahasa Kebangsaan tidak patut berjalan hangat-hangat tahi ayam. Malah kita percaya masyarakat majmuk negara ini bukan tidak boleh dilentur supaya menghormati dan memartabatkan Bahasa Kebangsaan.
Biasanya cara lisan memang sukar untuk melentur pendirian liat masyarakat negara ini untuk menghormati penggunaan betul bahasa Melayu. Alasannya ialah `sudah biasa.' Justeru pindaan yang hendak dibuat perlu dimasukkan unsur denda sehingga mereka akur.
Jika masyarakat Melayu atau bukan Melayu berasa bahasa Melayu tidak ada kelas untuk digunakan dalam segala urusan harian maka kita harus peringatkan mereka. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan jati diri bagi bangsa Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)