Wednesday, November 8, 2023

NOVEL : PERISTIWA YANG MENIMBULKAN SIMPATI KEPADA PEMBACA



Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor


1. Peristiwa Farisha yang mengetahui selama ini keluarga yang membelanya dengan penuh kasih sayang adalah keluarga angkat sahaja.Azraai juga memberitahu tentang ibu bapa kandungnya yang sebenar.
Huraian: Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana memahami perasaan seorang anak angkat apabila secara tiba-tiba mengetahui orang yang menjaganya selama ini bukan keluarga kandung .

2. Peristiwa Karl yang sangat zalim terhadap kanak-kanak walaupun anaknya sendiri. Dia sanggup memasukkan implan dan mikrocip ke dalam tubuh Farisha yang masih bayi tanpa dibius semata-mata untuk menjadikannya cerdik.
Huraian: Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati pembaca kerana anak-anak patut disayangi dan bukannya disakiti.

3. Peristiwa Medina yang akhirnya dapat bertemu semula dengan anak kandungnya, Farisha setelah lama berusaha untuk mencari dan menjejakinya. Dia telah terpisah dengan anak kandungnya itu sejak Farisha kecil lagi.
Huraian: Peristiwa ini menimbulkan simpati pembaca kerana hubungan emak dengan anak yang terpisah angkara perbuatan ayah kandung dan suaminya sendiri.

Silir Daksina karya Nizar Parman

 
1. Peristiwa Haiqal hidup tanpa menerima kasih sayang seorang ayah sejak kecil. Bahkan, dia tidak mengetahui siapa ayahnya sehingga beliau menerima manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Haiqal tabah menghadapi cabaran dalam usaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil. Umi tidak menyokong tindakan Haiqal.
Huraian: Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana anak-anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal tanpa kasih sayang seorang ayah.

2. Peristiwa Haiqal bertanya kepada uminya tentang rancangannya ke Johor untuk menjejaki warisan peninggalan ayahnya. Pada mulanya, uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya. Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke Johor. Haiqal berani dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat asing dan tidak takut akan ugutan uminya.
Huraian: Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana seorang ibu tidak merestui perbuatan anaknya sedangkan restu seorang ibu itu sangat penting dalam mendapatkan keredaan Allah.

3. Peristiwa Abdullah bin Kayan menulis manuskrip yang menunjukkan betapa beliau merindui Haiqal. Abdullah bin Kayan amat merindui anak kandungnya, Haikal kerana telah lama tidak bertemu. Perpisahan antara Abdullah dengan bekas isterinya telah memisahkan dirinya dengan Haiqal.
Huraian: Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana seorang ayah merindui anak kandungnya yang sudah lama tidak bertemu.


No comments:

Post a Comment