Novel Di Sebalik Dinara
1. Peristiwa Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga
sanggup memasang 'retinal scanner' dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan abang terhadap adiknya dalam usaha
melindungi orang yang disayangi.
2. Peristiwa Farisha risau apabila Azrai baru memberitahunya mengenai penyakit yang
dihidapi abangnya sedangkan doktor telah mengesahkannya pada bulan lepas.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan adik terhadap kesihatan abangnya.
3. Peristiwa Shida sanggup menghantar Farisha ke stesen monorel untuk menghadiri
simposium di hotel Renaissance pada pukul 9.00 pagi.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan seorang sahabat sehingga sanggup
mengorbankan masa tidurnya.
4. Peristiwa Aqram menegur seorang wanita yang sedang asyik berbual di telefon dengan
suara yang kuat dan mengganggu orang lain sewaktu urusan daftar masuk di kaunter
lapangan terbang.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan seseorang terhadap keselesaan orang
ramai di tempat awam.
5. Peristiwa Shida dan Rosman melawat Farisha yang kelihatan lemah di hospital
Putrajaya kerana Farisha tiba-tiba pengsan semasa bekerja.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan rakan sekerja terhadap rakan sejawat
yang ditimpa musibah.
Novel Silir Daksina
1. Peristiwa Haikal menyelami penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip yang ditulis oleh ayahnya.
Novel Silir Daksina
1. Peristiwa Haikal menyelami penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip yang ditulis oleh ayahnya.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan seorang anak terhadap kehidupan
ayahnya yang telah terpisah sekian lama.
2. Peristiwa Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal untuk menjejaki
peninggalan arwah ayahnya. Walid berjanji memberi wang perbelanjaan untuk Haikal
apabila tinggal di sana nanti.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan seorang ayah terhadap anaknya walaupun
hanya anak tirinya.
3. Peristiwa ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan dan Ong See
Hwa yang menggantikan tempatnya. Haiqal menari berpasangan dengan Ong See Hwa
menggantikan tempat Lazim.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan rakan/sahabat ketika kawan menghadapi
musibah.
4. Peristiwa Cikgu Amirulnizam menumpangkan Ai Ling/Ong See Hwa ke sekolah kerana
bateri kereta ayahnya lemah dan kereta tidak dapat dihidupkan.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan sebagai jiran tetangga.
5. Peristiwa Cikgu Zam/Amirulnizam meminta Ai Ling/ Ong See Hwa datang ke rumahnya
bersama-sama kakaknya untuk belajar cara mendeklamasikan puisi.
Peristiwa ini menggambarkan keprihatinan seorang guru dalam mendidik anak
muridnya.
No comments:
Post a Comment