Orang
Kurang Upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik.Mereka dilahirkan dalam
keadaan cacat atau mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka
tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki.
Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak
yang perlu memainkan peranan untuk
membantu Orang Kurang Upaya (OKU).
Ibu bapa
berperanan mendidik anak-anak mereka supaya
menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai
perasaan ingin dihargai,disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai
contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata serta tidak
mentertawakan apabila berhadapan dengan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa
perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.
Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang
pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian
kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah
pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa,
pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan
yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul
Razak ,’Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan’.
Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu
golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan
dan jangan menganggap OKU sebagai beban.Sebagai contoh, usaha murni pengusaha
pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong
khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang
menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan
yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.
Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan
menyebarkan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh
pihak media massa kepada orang ramai.
Kempen Masyarakat Penyayang yang
dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media
massa, maklumat boleh disalurkan melalui iklan,kempen,dan melalui drama.
Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus.
Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.
Setiap
individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana
setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka
perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU
memerlukan sebarang bantuan, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi
membantu golongan ini.
Kesimpulannya, sudah terang lagi
bersuluh, pelbagai pihak perlu memainkan
peranan untuk membantu OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata
peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan
masa depan golongan OKU.
No comments:
Post a Comment