Ilmu tidak diperoleh secara kebetulan, ilmu harus dicari dengan semangat dan diamalkan dengan tekun.
Saturday, March 16, 2013
Sunday, March 10, 2013
MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA
Bil
|
Salah
|
Betul
|
Catatan
|
1
|
Semua
permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan
ianya diproses oleh pihak JPA.
|
Semua
permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan
permohonan diproses oleh pihak JPA. |
Ianya
tidak boleh dianggap
sebagai kata ganti diri seperti
it dalam bahasa Inggeris.
|
2
|
Gotong
royong
|
Gotong-royong
|
Kata
berganda, dieja dgn
tanda sempang. |
3
|
…mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua. |
…mengucapkan
terima kasih atas kehadiran semua...
|
Di atas
untuk hal-hal yang fizikal dan boleh disentuh atau dilihat.Contoh: Di atas meja...
Untuk hal-hal yang abstrak, lebih tepat kata sendi atas. Contoh: Mengambil kesempatan atas kelemahan… |
4
|
…bersandarkan
kepada
keperluan…
|
…bersandarkan
keperluan…
|
Tidak
perlu ada kata sendi
kepada
|
5
|
dari 250
unit kepada 300
unit… |
…daripada
250 unit kepada 300 unit…
|
Padanan
yang tepat
....daripada…kepada....dari… ke .... |
Sumber : http://guruselamanya.wordpress.com
Mutiara Kata
(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika digunakan.
(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
(7) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.
(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

Friday, January 25, 2013
USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
TEMA
|
SEMANGAT KERJASAMA
|
TUGASAN SOALAN
|
USAHA-USAHA MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
|
ARAS
|
CEMERLANG ( 26 –30 MARKAH )
|
Semangat kerjasama
merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni,
mempunyai jati diri dan semangat cinta
akan negara . Dengan itu, peranan
sekolah amat penting dalam memupuk semangat kerjasama kepada murid-murid di
sekolah. Melalui pengajaran dan pembelajaran para guru boleh membimbing
murid-murid tentang kepentingan semangat bekerjasama. Pelbagai aktiviti
berbentuk kerjasama dalam kalangan murid-murid seperti gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah, mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias
sekolah dengan jalur gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya
dapat diimplimentasikan. Hal ini jelas menunjukkan keharmonian
kehidupan rakyat Malaysia melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di
peringkat sekolah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya membolehkan
keharmonian masyarakat terbentuk.
Intihanya, semangat kerjasama
merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia
yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah
dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting
dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah
sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang
dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta
ke arah kegemilangan di puncak jagat.
Penskoran : 26/30
Subscribe to:
Posts (Atom)