Tema : Perhimpunan mingguan sekolah
Kehendak : faedah perhimpuan mingguan sekolah
Format karangan : tidak berformat
Perhimpunan
rasmi merupakan salah satu aktiviti yang lazimnya diadakan pada pagi setiap
hari Ahad dengan menghimpun semua murid dan guru-guru di sesuatu tempat.
Perhimpunan rasmi merupakan agenda pendidikan yang wajib diadakan di
setiap sekolah supaya maklumat yang penting dapat disampaikan kepada
murid-murid oleh pihak sekolah. Namun demikian, perhimpunan rasmi sekolah
sering dipandang remeh oleh para murid. Sebenarnya, terdapat banyak manfaat menghadiri
perhimpunan sekolah.
Manfaat
perhimpunan mingguan adalah dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid. Hal
ini dikatakan demikian kerana murid harus mengikut peraturan yang ditetapkan
semasa perhimpunan. Sebagai contoh, murid dididik supaya menghormati
majlis yang diadakan dengan berada di tempat masing-masing mengikut barisan dan
menjaga tingkah laku.. Tegaslah, perhimpunan rasmi akan membentuk pelajar yang
bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan kokurikulum seterusnya meningkatkan kemenjadian murid.
Seterusnya, semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat Malaysia dapat disuburkan dalam diri para murid dan
guru-guru dengan adanya perhimpunan rasmi di sekolah. Nyanyian lagu
Negaraku akan membakar semangat mereka untuk menjaga negara yang
tercinta. Sebagai contoh, sambutan Bulan Kemerdekaan yang biasanya
dirasmikan semasa perhimpunan rasmi juga akan menyebabkan para murid menghargai
jasa tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk negara. Teranglah, perhimpunan rasmi
sekolah amat penting bagi melahirkan modul insan berjiwa patriotik pada masa
hadapan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Sebagai kesimpulannya, pelbagai
manfaat dapat diperoleh oleh warga sekolah menerusi perhimpunan rasmi sekolah.
Sejajar dengan hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah
memastikan perhimpunan rasmi diadakan secara berterusan dan mematuhi tempoh
masa yang ditetapkan. Kehadiran murid yang lewat ke
sekolah juga dapat
dikurangkan. Pihak sekolah pula mesti memastikan perhimpunan rasmi
dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah.
No comments:
Post a Comment