Gotong-royong merupakan
amalan saling menolong atau kerja bersama-sama tanpa mengira kaum, bangsa
dan agama. Masyarakat Malaysia pada hari ini semakin kurang mengamalkan
gotong-royong kerana mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil
menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer. Seotong-royong
ini. Sebenarnya, amalan bergotong-royong
telah banyak membawa kebaikan kepada kita.
Kebaikan amalan
gotong royong adalah sebagai wahana perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar
belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati
adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa waswas dan curiga. Kesannya
, hubungan erat dapat diwujudkan dan memupuk semangat kerjasama bagai aur
dengan tebing dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, amalan gotong royong dapat membersihkan
kawasan tempat tinggal daripada vektor penyakit seperti nyamuk dan lalat. Kadar
penyakit seperti demam denggi dapat diturunkan apabila kawasan pembiakan nyamuk
dihapuskan melalui aktiviti gotong-royong ini. Hal ini amat bertepatan dengan
peribahasa Melayu, mencegah lebih baik daripada mengubati. Di samping itu, persekitaran yang bersih dan
ceria dapat diwujudkan melalui aktiviti gotong-royong ini.
Kesimpulannya,
aktiviti gotong-royong sangat bermanfaat bukan sahaja kepada masyarakat malah
kepada negara. Amalan ini akan membantu kita untuk hidup dalam keadaaan
sejahtera, harmoni dan saling bekerjasama sesuai dengan slogan negara bersih,
rakyat sihat.