Monday, August 15, 2011

Panduan Karangan Bahan Rangsangan

Bimbingan daripada Cikgu Abdul Ghalib Yunus


Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan
a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang
diberikan.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan,
graf, carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan.
Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus
dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran
20 patah perkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah
dengan baik.
f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain
(anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah
perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang
dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.

b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat.

c. Perenggan mesti kemas dan sesuai.

d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.

e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.

f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.

g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.

h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.

i. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.

k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.

l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.



1 comment:

  1. karangan ini amat mudah utk skor markah yg baik...
    sebagai calon upsr saya harap saya dapat idea daripada karangan ini....

    ReplyDelete