Karya : Nur Elffy Syazanis
Tingkatan 4 Cermat
Matahari jingga sudah lama tenggelam dibalik gebu awan.Malam menjelmakan diri dan cahaya bulan menyimbahkan cahaya bersama kerdipan bintang-bintang buat peneman.Malam itu angin bagai berbisik merdu.Menyanyikan lagi malam diiringi suara sang cengkerik dan unggas yang hidup dikala malam menjadi raja alam.Sufiah sedang duduk tertunduk.Sekali sekala badannya yang dibongkokkan itu di digoyang-goyangkan bagi mengelakkan ketegangan.Dia menulis sesuatu.Dengan khusyuk.Pensil kayu yang tubuhnya hanya tinggal sekerat itu adakala tergelincir dari jari jemari halusnya yang berusia 13 tahun.Namun jari itu ligat menulis sesuatu.Cahaya lilin yang liuk lintuk kerana hembusan angin malam adakala menganggu perjalanan kerjanya.Tiba-tiba Sufiah menegakkan badannya.Barangkali sudah benar-benar terasa lenguh.Dia berdiri lalu menuju ke arah dapur yang terletak dibahagian belakang rumah.Sepi dimana-mana sudut rumah yang usang dan seakan tidak bernyawa.Sufiah mendapatkan cawan yang diperbuat daripada plastik.Dicapainya cawan yang terletak diatas meja kayu yang kestabilannya boleh diragukan lalu dia menuang air putih dari dalam belanga ke dalam cawan tersebut.Diminumnya air itu dengan rakus seolah-olah sudah seharian tidak menemui air.Sufiah masuk semula kedalam biliknya.Biliknya itu hanya ada dia.Kerana hanya dia yang neneknya ada.Ibunya telah lama menghadap Tuhan.Ayahnya lama pergi membawa diri tidak mahu kembali.Dan kerana itu dia meneruskan hidupnya dengan neneknya yang tidak tahu bila pula akan dipanggil Ilahi.Sufiah menyelak kain langsir yang sudah lusuh benar warnanya.Neneknya sedang nyenyak tidur.Tapi Sufiah pasti neneknya telah lama kematian mimpi.Kerana mimpi-mimpinya telah lama pergi.Sufiah masuk semula kedalam biliknya.Dia duduk.Namun tidak melakukan apa yang dilakukannya tadi.Hanya duduk.Lama.Memerhatikan gelagat cahaya lilin yang menjadi penyuluh tiap kali malam menghadirkan diri.Sufiah bergerak mencapai bantal nipis.Meletakkan kepalanya lalu melabuhkan tubuhnya bersebelahan dengan neneknya.Dengkuran neneknya sedikit kedengaran.Mata Sufiah pejam celik pejam celik.Tiba-tiba dia terdengar sesuatu dari luar rumah.Dan ada suatu suara yang memanggil namanya.Sufiah bingkas bangun lalu menuju ke arah pintu.Kerana dia amat mengenali suara itu.Pintu dikuak perlahan.Dengan langkah yang amat berhati-hati takut didengari oleh neneknya Sufiah keluar.Matanya liar mencari suara itu.
“ Sufiah…” Suara itu berbisik perlahan.
Sufiah mencari lagi.
“ Sufiah…Sufiah saya disini.”
Sufiah mula menyedari dari mana suara itu muncul.
Itu ialah Elizer sahabat Sufiah.Satu-satunya sahabat dia.Sufiah datang ke arah Elizer dengan hairan.
“Awak buat apa kat sini Elizer ??.Kan dah malam ni…” .bisik Sufiah.
“Saya tahu dah malam..eh awak ni tak nampak saya ke? Saya tahulah kulit saya dah sama macam warna malam,tapi takkan awak tak nampak saya…”
“Kenapa nak marah..?”
“Tidak…mana saya ada marah.Saya nak ajak awak ke suatu tempat?”
“Hah?”
“Jom! Cepat ambil basikal awak.”
“Tapi…”
“Cepatlah Sufiah.Nanti nenek awak terjaga pula.”
Sufiah mencapai basikal yang ditungganginya selalu untuk berjualan surat khabar.Dia menunggang dengan sedikit laju kerana Elizer sudah meninggalkan dirinya agak jauh kehadapan.Basikal dikayuh seiringan.
“Kita nak kemana ni Lizer?”. Sufiah bertanya.
“Adalah…Biarlah rahsia.. Hehehe” Elizer ketawa perlahan.
Sufiah mendiamkan diri.Dia hanya mengikuti Elizer.Namun didalam hatinya berdetak kencang.Dia belum pernah berbuat begini.Keluar pada malam buta dan tanpa pengetahuan neneknya !.Jika ketahuan neneknya pasti dia akan dikerjakan.Tubuh tua itu meski sudah tidak berdaya namun masih kuat jika hendak memukulnya jika ada kesalahan yang dia lakukan.
Basikal dikayuh.Kelajuannya sederhana.Sufiah tidak berbicara.Begitu juga dengan Elizer.Sepanjang perjalanan suasana dingin malam yang mencengkam dan suara cengkerik bagai mengacah-acah mereka dan berkata “Hey lihatlah dua orang yang sedang asyik bercinta itu.Mereka sedang pergi mencari cinta ! “
Dan hanya jawapan yang bisu dari mereka.
Tiba di sebuah jeti.Dari jauh ribuan kerdip cahaya menerangi sekitar jeti itu.Sufiah sudah tahu.Kayuhannya melaju.Elizer dari awal sudah sampai disitu.Basikalnya diletakkan jauh dihadapan jeti.Pokok-pokok bakau yang tumbuh meliar menghidupkan suasana.Sufiah menghampiri Elizer yang duduk di atas jeti.Kakinya dijuntaikan ke bawah dan dihayun-hayunkan kedua kakinya.Itu kunang-kunang.Ada ribuan.Mereka berterbangan bebas seperti bebasnya burung menguasai awan,seperti bebasnya rama-rama didalam taman.Sufiah dan Elizer duduk bersebelahan.Mereka menikmati cahaya yang dipancarkan oleh tubuh kunang-kunang.Lama.
“Apa yang awak dapat Sufiah?”
Sufiah diam dengan pertanyaan Elizer.Kemudian menggeleng.
“Tak ada apa.Cuma kekuatan.”
Elizer tersenyum lalu mengangguk-anggukkan kepalanya.Budak lelaki berbangsa India yang berumur 15 tahun itu tahu banyak perkara mengenai Sufiah.Tentang dia yang tidak bersekolah,tentang dia yang tidak mempunyai ibu bapa,tentang dia yang tinggal bersama neneknya untuk meneruskan hidup,tentang dia yang berjualan surat khabar kerana kudrat neneknya yang tidak mampu lagi untuk melakukan kerja.Semuanya tentang dia Elizer faham.
“Sebab apa awak bawa saya ke mari?.Bukan esok hari awak bersekolah?”.Tanya Sufiah.
“Saya nak beritahu awak suatu perkara.”
“Apa?”
“Cuba awak tengok kunang-kunang tu”
“Saya tengah tengoklah ni.”
“Apa yang awak dapat?” Elizer bertanya lagi.
“Cuba awak tengok kunang-kunang tu.Cantik.Bercahaya.Berani keluar berterbangan dengan bebas pada malam hari.Tidak takutkan apa-apa..
“Kunang-kunang itu berani kerana mereka ada cahaya.Cahaya itu akan pandu arah mereka.Bukan mereka tahu pun waktu yang mereka tempuh ni bernama malam.”
Elizer sedikit terkejut dengan kata-kata Sufiah.Dia kelihatan hairan lalu lama mendiamkan diri.
“Awak nak saya belajar dari kunang-kunang?”Sufiah bertanya.
Elizer membatukan diri.
“Hmmm?”
“Kalau macam tu..tidaklah nanti saya risaukan awak kan Sufiah?”
Sufiah terdiam.Kali ini dia pula tidak mengerti..
“Kenapa pula awak harus risaukan saya?.Saya akan tetap macam ni..saya dan nenek saya…saya dan jualan surat khabar.dan nanti….saya dan kunang-kunang hehehehe..”Sufiah tergelak besar.Perasannya perkara itu melucukan namun tidak bagi Elizer.Sebaliknya reaksi Elizer tampak sayu.
Seekor kunang-kunang hinggap di bahu Sufiah.Sufiah merasa gembira lalu membiarkan sahaja kunang-kunang itu hinggap dan sebentar kemudian terbang semula ke tampat dia ingin bebas.
“Lihat kunang-kunang tu Sufiah…mereka asyik sesama sendiri.Mereka merasakan malam itu ialah waktu untuk membina dunia mereka sendiri.Mereka bebas,mereka tidak takut…saya harap…awak macam tu.Bebas,tak takut,tahu mana yang awak nak dan…cuba untuk mendapatkannya…”
“Apa yang awak merepek Elizer?.Awak lain benar hari ni.Dari siang tadi.Awak ada masalah?Kalau awak ada masalah awak boleh cerita kat saya.Tapi kalau awak tak nak cerita pada saya…awak boleh cerita pada kunang-kunang ni hehehe”.
Elizer tergelak kecil sambil menggeleng-geleng kepalanya.Sufiah terdiam.
“Esok awak berjualan lagi.?”
“Ya…dan awak jangan ponteng sekolah lagi untuk tolong saya jual surat khabar.Kalau tidak………
“Kalau tidak biar saya sahaja yang kesekolah.”.Elizer memotong kata-kata Sufiah.Kata-kata itu kerap kali didengar oleh Elizer dari bibir Sufiah kerana setiap kali dia tidak kesekolah dia akan membantu Sufiah untuk berjualan surat khabar dan setiap kali itu juga ayat itu bakal terkeluar dari bibir Sufiah.
“Elizer,esok malam kita ke sini lagi ya.Saya nak tengok kunang-kunang terbang lagi.”
Elizer melihat wajah Sufiah.Renungannya mendalam.Namun tidak ada bicara yang terkeluar dari bibirnya.
Dan kunang-kunang menjadi saksi mesranya persahabatan mereka disitu.Sekali-sekala kunang-kunang itu akan datang menghampiri mereka berdua dan mereka akan saling mengejar kunang-kunang itu dengan riangnya.
Kringgg ! Kringgg !.Lonceng basikal Sufiah berbunyi nyaring.Di pagi hari.Lewat malam semalam dia ke jeti.Pasti pada malam ini dia ingin ke sana lagi.Sufiah berjualan seperti biasa.Kerjanya begini pada setiap pagi setiap hari.Mengedar surat khabar dari rumah ke rumah dan kemudian akan membaca surat khabar yang diedarnya.Pasti dia cemburu.Kerana rakan-rakan seusianya sedang diuliti dengan buku-buku sekolah dan kerja-kerja sekolah.Tapi tidak untuk dia.Alang untuk sesuap nasi juga kadang ya kadang tidak,ini pula untuk mengisi kekosongan dada yang laparkan ilmu.Namun dia belajar pula bagaimana untuk pasrah dalam keadaan begitu.
Usai berjualan,Sufiah menanti Elizer di sebuah hentian.Hentian itu menghubungkan jalan ke kampung sebelah yang letaknya kira-kira 2 kilometer sahaja.Selalunya dia akan menunggu Elizer pulang dari sekolahnya disitu kerana Elizer bersekolah di kampung sebelah maka jika dia pulang dari sekolah pasti dia akan melalui hentian itu dengan menunggang basikalnya.Sufiah menunggu lama disitu.Sambil itu dia membaca surat khabar.Gayanya membaca bagai anak-anak kecil yang membaca buku kisah dongeng atau lagenda yang menghiburkan hati.Sufiah tunggu sehingga petang hampir lewat.Namun bayang Elizer tidak kelihatan.Sufiah berdiri.Melihat dari jauh kalau-kalau bayang Elizer muncul.Namun hampa,Sufiah berlalu dari situ.Benak hendak menebak…mungkin Elizer diserang sakit kerana malam tadi berembun.Lalu Sufiah berkeputusan untuk lalu dihadapan rumah Elizer.Mengharap kalau-kalau dia boleh bertemu dengan Elizer.Sufiah memberhentikan basikalnya tepat dihadapan rumah Elizer.Rumah dia agak jauh dengan rumah sahabat baiknya itu.Namun yang menghairankan Sufiah,rumah itu sunyi bagai tidak berpenghuni.Malah dia merasakan rumah itu telah pun dikosongkan.Lama Sufiah menanti disitu.Sehinggalah dia ditegur oleh seseorang.Pak Cik Din namanya.
“Apa Sufiah buat disini?”
“Emmm..”
“Cari Elizer?”
Sufiah hanya mengangguk perlahan.
“La…kan dia dah pindah.Dari pagi lagi mak dia dah kemas barang rumah.Pindah dah…”
Sufiah terdiam.Lama.Hatinya terasa disulam hempedu.Dia bagaikan terasa hendak mengalirkan air mata pada saat itu.
Sambil menahan sedih,Sufiah berkata “Baiklah Pak Cik Din.Terima kasih.Sufiah balik dulu.”
Sufiah berlalu dengan pantas.Kayuhannya semakin laju begitu juga dengan derasan air matanya.Dia tidak mahu pulang.Dirasanya mengapa Elizer tidak memberitahunya,dan dia akhirnya faham mengapa Elizer berperangai aneh semalam.Rupanya kerana itu ialah pertemuan terakhir.
Malam itu Sufiah ke jeti lagi.Kali ini dia pergi mencari kunang-kunang seorang diri.Dan tiba-tiba Elizer datang membisikkan
“Lihat kunang-kunang tu Sufiah…mereka asyik sesama sendiri.Mereka merasakan malam itu ialah waktu untuk membina dunia mereka sendiri.Mereka bebas,mereka tidak takut…saya harap…awak macam tu.Bebas,tak takut,tahu mana yang awak nak dan…cuba untuk mendapatkannya…”
Kunang-kunang berterbangan bebas dan cahayanya menguasai malam.Sesekali kunang-kunang itu hampir jatuh ke permukaan air dan kemudian terbang bebas semula ke udara.
No comments:
Post a Comment