KARANGAN


Jenis-jenis Karangan

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.

Karangan Berformat
Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama. Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan
(menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuan-tuan dan puan-puan, penutup)
2. Surat kiriman rasmi
(nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat, tajuk, tandatangan)
3. Rencana, laporan, cerpen
(tajuk, nama penulis)
4. Wawancara
(pendahuluan, berbentuk dialog)
5. Ulasan buku
(judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas)
6. Skrip drama
(judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)
7. Resume
8. E-mel
9. Surat tidak rasmi


Karangan Tidak Berformat
Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat, penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

Dalam penulisan karangan , perkara-perkara berikut dikira sebagai 1 perkataan

1. Nama khas

2. Peribahasa

3. Pantun/lagu/syair

4. Maksud hadis/ al-Quran

5. Alamat (surat kiriman)

(Perkara-perkara lain yg telah ditetapkan sebelum ini sebagai 1 perkataan ikut seperti biasa) -kata majmuk mantap/kata ganda/kata sendi//kata bilangan/kata gelaran

==================================================================

KARANGAN BAHAGIAN A
KARANGAN RESPON TERHAD

  • Gabungan beberapa bahan termasuklah sajak, syair, pantun, seloka, gurindam, lagu, petikan umum, ucapan, bahan grafik, pelan, iklan, statistik dan sebagainya
  • Tema yang sama – mencakupi tema dalam DSKP
  • Susunan bahan tidak tetap
  • Dalam bahan yang diberikan terdapat isi yang boleh membantu calon
  • Calon perlu menggunakan maklumat daripada semua bahan
  • Jawapan ditulis dalam bentuk esei berperenggan
  • Panjang karangan antara 150 – 200 patah perkataan.

    SOALAN CONTOH




=========================================================================

KARANGAN BAHAGIAN B
KARANGAN RESPON TERBUKA

1. Kertas SPM 1103/1 Bahasa Melayu Bahagian (B) mengandungi empat soalan dan calon diminta memilih salah satu daripada tajuk tersebut.
2. Calon diminta menulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.
3. Karangan calon tidak boleh melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan (karangan akan dinilai sehingga 500 patah perkataan dan ayat terakhir yang membawa makna)

Persediaan awal calon
1. Sebagai persediaan awal, calon perlu meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa, sama ada menerusi akhbar, majalah, televisyen, mahupun Internet.

2 Calon sewajarnya sudah menyediakan fail berdasarkan sesuatu topik dan setiap kali memperoleh maklumat yang berkaitan, calon perlu memasukkan ke dalam fail tersebut.

3. Topik adalah berdasarkan tema yang terdapat dalam buku teks seperti pendidikan, kemasyarakatan, sains dan teknologi, akhlak dan disiplin remaja, alam sekitar, kesihatan, kebudayaan dan pelancongan, perindustrian, isu semasa, dan hal-hal berkaitan dengan antarabangsa.

4. Calon juga perlu menguasai asas-asas penulisan supaya hasil penulisan mengandungi fakta yang kukuh, sekali gus memperlihatkan kematangan calon berfikir

    


      PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPON TERBUKA

1.       Baca arahan dengan teliti.

2.       Baca semua soalan.

3.       Pilih soalan berdasarkan pengetahuan.

4.       Kenal pasti isi,pernyataan dan arahan soalan.

KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN [TKF]

1.       Siapa – pihak yang terlibat (DiKeMaSeN+MM)

2.       Tema – topik dalam soalan (isu/perkara)

3.       Arahan soalan – kehendak soalan yang berkaitan dengan tugasan

4.       Format – jenis karangan berformat

CONTOH MENTAFSIR SOLAN

                       Contoh Item Domain Kerjaya

           Industri pelancongan negara yang berkembang pesat telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Oleh itu, kelayakan dari segi akademik amatlah penting untuk diterima bekerja dalam sektor ini di samping individu seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Kemahiran berkomunikasi adalah antara elemen penting bagi memastikan kelancaran urusan kerja, sama ada komunikasi sesama rakan sekerja mahupun dengan pihak luar. Individu yang ingin bekerja dalam sektor ini juga seharusnya mencari maklumat yang berkaitan dengan kerjaya ini untuk mengetahui skop kerja dengan lebih luas

                                                                     Sumber: Berita Harian online 21 November 2016

Petikan di atas menerangkan maklumat yang berkaitan dengan persediaan untuk menempuh alam kerjaya dalam sektor pelancongan.
Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.

            Analisis Soalan 
            Tema --- Kerjaya dalam sektor pelancongan
            Kehendak soalan -- Persediaan-persediaan oleh individu
            Format -- Tiada
            Isi dalam bahan : (calon wajib menuliskan isi yang terdapat dalam bahan rangsangan)
           1. kelayakan dari segi akademik
           2. kemahiran komunikasi
           3. mencari maklumat berkaitan kerjaya