Friday, August 26, 2011

Cara-Cara Menghargai Jasa Warga Tua (Karangan Galus)



Warga tua telah banyak berjasa kepada keluarga dan negara. Namun, banyak jasa mereka telah dilupakan. Terdapat anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.

Anak-anak perlu membalas jasa kedua-dua orang tua mereka. Hal ini kerana ibu bapa telah mendidik dan menyara kehidupan mereka. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak-anak janganlah menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Warga tua akan berasa sedih jika dihantar ke rumah orang tua-tua.

Selain itu, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka perlu menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa perlu mewujudkan hubungan mesra dalam keluarga. Anak-anak akan menghargai dan menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Anak-anak akan tetap menyayangi mereka,

Di sekolah, guru boleh menasihati pelajar agar menghormati warga tua. Guru-guru perlu menasihati pelajar mereka supaya sayang dan hormati warga tua. Pelajar-pelajar perlu bercakap dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka. Guru-guru boleh menerapkan nilai ini melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral. Peranan guru penting untuk mendidik para pelajar.

Kerajaan boleh menghargai warga tua. Kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua perlu diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun dikenakan kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta. Warga tua akan berasa gembira dan dihargai. Kerajaan perlu mengadakan hari mengingati warga tua.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.

[ 239 patah perkataan ]
*** Modul MAS JPNJ

Cara-Cara Menceriakan Kawasan Sekolah (Karangan Galus)



Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu.
Sebagai seorang pelajar,kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah.

Isi pertama adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong royong bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat,bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong.Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Isi kedua adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan kawasan sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau di sekeliling kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Oleh itu,taman bunga perlu diadakan di sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah.

Isi ketiga adalah dengan mengecat semula bangunan. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku..” Sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,pemandangan,lukisan dan corak.

Isi keempat ialah pertandingan kelas terbersih dan terceria . Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan paling ceria. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Elas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan hadiah dan sijil penghargaan.

Isi kelima ialah sekolah boleh mengadakan Program 3K. Program 3K bermaksud Kesihatan,Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh menjadikan sekolah sentiasa ceria dan selamat. Ini kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di sekolah.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini,-guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. Sekolahku adalah kesayanganku.
***Modul MAS JPNJ

Cara-Cara Menghargai Guru (Karangan Galus)



Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. .Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.


Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka.. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan..

Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh,mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme,vandalisme,ponteng sekolah,melepak dan lain-lain. Oleh itu,jadilah pelajar yang berdisiplin.

Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.

Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.

Sesungguhnya,guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu,setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita membenci guru kerana sikap ini tidak bermoral.

(264 patah perkataan)

******Modul MAS JPNJ

Keburukan Makanan Segera (Karangan Galus)


Makanan segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda. Kanak-kanak juga menggemarinya. Terdapat banyak makanan ringan yang dijual di restoran dan gerai. Contoh makanan segera ialah burger, kentang goreng, pizza dan ayam goreng. Ada banyak keburukan makanan segera.

Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.

Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti / kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan seseorang itu
mudah menjadi gemuk.

Di samping itu, makanan segera juga menyebabkan perubahan gaya hidup. Kanak-kanak dan golongan muda akan hilang nilai ketimuran. Hal ini kerana kebanyakan makanan segera berasal dari Barat. Kanak-kanak dan golongan muda akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan tempatan. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan perubahan gaya hidup.


Tambahan pula, makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Makanan manis akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras gula menyebabkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Oleh itu, makanan segera dapat menyebabkan gangguan emosi. Dengan itu janganlah suka makan makanan segera.

Akhir sekali, makanan segera menyebabkan tumbesaran seseorang terencat/terganggu. Makanan segera bukan makanan seimbang. Makanan segera banyak mengandungi lemak dan garam. Contohnya, ayam goreng, pizza dan burger. Apabila makan makanan yang tidak seimbang, tumbesaran tubuh/badan akan terganggu.Berat badan tidak sepadan dengan umur. Badan akan menjadi tidak sihat dengan perut yang buncit. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan kerencatan tumbesaran tubuh seseorang.

Kesimpulannya, terdapat banyak keburukan / akibat / kesan makan makanan segera. Ibu bapa hendaklah pastikan anak-anak tidak mengambil terlalu banyak makanan segera. Pihak sekolah pula hendaklah menjelaskan keburukan makanan segera kepada murid-murid. Oleh itu, kita akan dapat melahirkan anak-anak yang sihat tubuh badan.
Rakyat sihat negara maju.

(348 patah perkataan)
*****Modul MAS JPNJ

Monday, August 15, 2011

Panduan Karangan Bahan Rangsangan

Bimbingan daripada Cikgu Abdul Ghalib Yunus


Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan
a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang
diberikan.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan,
graf, carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan.
Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus
dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran
20 patah perkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah
dengan baik.
f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain
(anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah
perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang
dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.

b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi tersirat.

c. Perenggan mesti kemas dan sesuai.

d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.

e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.

f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.

g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.

h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.

i. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.

k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.

l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.



Sunday, August 14, 2011

Merdeka Tanah Airku


Marilah kita sama-sama menghayati kemerdekaan Malaysia dan usaha yang boleh kita lakukan untuk memastikan negara yang kita cintai ini sentiasa terjamin kesejahteraan dan keharmoniannya. Semoga kita dapat menikmati keberuntungan menjadi anak Malaysia. Dirgahayu Malaysiaku. Selamat menyambut kemerdekaan ke-54.

Saturday, August 13, 2011

Pendahuluan Karangan Umum

Contoh 1
‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.’ Isu ………………………..semakin kerap dipaparkan melalui media massa. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan ……………………………………………………….. menjadi barah yang memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan ………………………………………………… berlaku?

Contoh 2
Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu ……………………………………, isu tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa. ………………………….sering berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-cara mengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti.

Contoh 3
Isu …………………………………………………….. sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah …………………………………………. Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.

Contoh 4
Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang ………………………………………………… melalui dada-dada akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil …………………………………..yang semakin serius ini. Peribahasa ‘Sediakan paying sebelum hujan’ wajar dijadikan pedoman individu dalam mengatasi masalah ini.

Contoh 5
Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu …………………………..telah menjadi perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang ………………………………………………..

**Hasil perbengkelan guru-guru BM.

Friday, August 12, 2011

Liu Bolin Artis Penyamaran

Artis seni dari China yang mempesonakan masyarakat dengan mengecat dirinya menyamai persekitaran.







Thursday, August 11, 2011

Nilai & Pengajaran


Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan

Nilai

1. Nilai kasih sayang.
Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

2. Nilai ketabahan.
Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.

3. Nilai kegigihan.
Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

4. Nilai bertanggungjawab
Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.
Nilai

5. Nilai cinta akan tanah air
Sungguhpun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, Faridah tetap memegang kerakyatan Malaysia kerana dia amat cinta akan tanah airnya.

6. Nilai taat akan ajaran agama
Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

7. Nilai mengamalkan budaya bangsa
Datuk Azrul mengenakan baju Melayu Johor dan bersongkok hitam semasa mengunjungi keluarga Faridah di Cameron Highlands.

8. Nilai berdikari
Golongan siswazah tidak seharusnya menunggu tawaran kerja yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta. Sebagai contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

9. Nilai cinta akan alam sekitar.
Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginannya dilakukan dengan lebih terkawal serta dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.

Pengajaran

1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.
Contohnya, walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.

2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Contohnya, Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

4. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.
Contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.
Contohnya, Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.
Contoh, Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

Latar


Latar berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan

Latar Masa

1. 6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan
tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu.

2. 8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul.

3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan.
Faridah terlibat dalam kemalangan.

4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon
kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat
kemalangan.
Latar

5. 1980 - Sepasang pelancong British hilang di Jalan Gap ketika berbasikal di Kuala
Kubu Baharu ke Bukit Fraser.

6. 1989 - PKM meletakkan senjata di Hatyai.

7. Semasa bersarapan – Kamarudin menerangkan isterinya, Hamidah bahawa kembar Rahayu,
iaitu Faridah menemui kemalangan dan hilang di Bukit Fraser.

8. Waktu pagi - Satu jam selepas Kamarudin meninggalkan rumah untuk mencari Faridah,
Hamidah menerima panggilan yang memaklumkan Rahayu pengsan dan telah dihantar ke hospital UKM.
- Hamidah dimaklumkan oleh Dr Susan , kemungkinan Rahayu menghidap
barah paru-paru.

9. 3.30 petang- Pihak polis menamatkan OPS PDK setelah usaha mencari Faridah dan Iqbal
selama dua minggu menemui kegagalan.

10. 25 tahun- Faridah telah meninggalkan kampung halamannya selama 25 tahun dan
menetap di New Zealand selepas kematian ibu dan suaminya, Ghazali.

11. Dua minggu- Dalam masa dua minggu Benny dan Melina berkenalan, Benny sudah
melamar Melina.

12. Satu pagi - Benny dan Melina tiba di rumah Soleh dan Faridah.

13. Waktu petang - Sebelum majlis perkahwinan Benny dan Melina, Zain berkenalan dengan
Anne.

14. Dua petang- Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.

Latar Tempat

1. Kafetaria di UPM - Rahayu dan Azrul sedang bersarapan

2. Perpustakaan di UPM - Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di
perpustakaan.
- Rahayu pengsan.

3. Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser
- Faridah dan Mastura membawa murid „Sindrom Down‟
seramai 10 orang ke Bukit Fraser.

4. Jalan ke Pekan Raub - Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam
keretanya telah terlibat dalam kemalangan.

5. Smoke House - Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi
Faridah yang koma selepas terlibat dengan kemalangan jalan
raya.

6. Bukit Kutu - Mejar (B) Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal
di dalam hutan sekitar Bukit Kutu.

7. Perkampungan orang Asli
- Tempat Mejar (B) Kamarudin dan Buyong menemui Faridah
dan Iqbal dijumpai selepas dua minggu hilang.

8. Parit Satu, Sungai Besar
- Faridah bertembung dengan Azrul semasa dia menziarahi
kubur Rahayu di Parit Satu.

9. Parit Dua, Sungai Besar
- Kampung Azrul – dia menjalankan projek penternakan
kambing.

10. Rosewood, New Zealand
- Rumah Faridah di New Zealand.

11. Cristchurch di New Zealand
- Sebuah bandar di New Zealand.

12. Marang, Terengganu - Tempat tinggal Benny dan Melina.

13. Cameron Highlands - Tempat penginapan Faridah dan keluarganya ketika mereka
pulang ke Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dan Zain.

Latar Masyarakat


1. Masyarakat pelajar universiti. Contohnya, Azrul dan Rahayu merupakan penuntut Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
2. Masyakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya, Azrul dan teman-temannya banyak mengadakan program pendedahan tentang alam sekitar kepada pelajar-pelajar.
3. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa. Contohnya Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.
4. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan. Contohnya Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.
5. Masyarakat yang suka bersedekah. Hal ini digambarkan melalui watak Soleh Johnsons yang suka bersedekah.
6. Masyarakat tentera. Contohnya, Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.
7. Masyarakat orang Asli. Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.
8. Masyarakat yang rindu akan anaknya. Salmah sangat menderita kerana terlalu rindu akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia. Akhirnya dia meninggal dunia.
9. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Faridah yang kehilangan adik kembar, ibu, dan suaminya, tabah menghadapi dugaan dan memulakan hidup baharu di New Zealand.
10. Masyarakat yang berdikari. Azrul tidak mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya mengusahakan penternakan kambing dan tapak semaian untuk menampung kehidupannya.
11. Masyarakat yang cenderung menggunakan kekerasan dalam memperjuangkan Islam. Hal ini digambarkan melalui watak Muhamed Attar, dan Benny.
12. Masyarakat yang mempercayai kemampuan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Sarjan Yusof mencadangkan misteri kehilangan Faridah dan Iqbal diselesaikan oleh Bomoh setelah pihak polis gagal menemui mereka.
13. Masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus. Buyong menegaskan bahawa makhluk halus memang wujud dalam masyarakat kita.